Misteri! Di hempap ketika tidur
Saya
tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik
ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur
berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi
tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.
Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu
fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan
dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Penulis percaya, tak ramai daripada
anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka
yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.
Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: “Betul ke
bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk
halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi
sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak
membezakannya?”
Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak
dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan
mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali
juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap
gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.
Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini
digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur
kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla
oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh
tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan
sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan
kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari
itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh
bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?
Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat
mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu
misterikan?
Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar
sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa
sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila
kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita
seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak
bergerak
Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur
didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai
umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan.
Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail
lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.
Cara mengelakkan daripada dihimpit ketika tidur
Cara mengelakkan daripada dihimpit ketika tidur
0 komentar:
Posting Komentar